KEBAYA NYONYA OREN

Baju kebaya nyonya oren dengan design dan warna yang menarik. Pastinya anda akan kelihatan anggun tatkala menggayakannya. Baju kebaya oren ini sesuai digayakan dengan empat pilihan kain kebaya didalam koleksi kami iaitu kain batik kembang payung, kain batik selisih, kain pareo satin dan kain pareo songket. Anda juga boleh menempah baju kebaya oren belum jahit, kebaya lengan pendek, kebaya labuh dan juga set kebaya ibu dan anak

Baju kebaya nyonya oren ini diperbuat dari material kain kasa rubiah dan disulam dengan sulaman tangan sepenuhnya. Pastinya jahitan kebaya nyonya kami lebih halus dan selesa dipakai berbanding baju kebaya jahitan mesin. Jika anda tinggal diluar negara atau pelanggan dari luar negara, anda boleh juga order kebaya di website ini kerana kami juga membuat penghantaran ke seluruh dunia. Hubungi kami untuk kos penghantaran dan cara pembayaran.

Kebaya nyonya oren ini adalah PRE-ORDER, anda hanya perlu membayar deposit sebanyak RM50 (sehelai) untuk confirm order dan selebihnya setelah kebaya ini sedia untuk dihantar kepada anda. Kebiasaannya untuk kebaya pre-order mengambil masa antara 4-6 minggu untuk disiapkan bergantung kepada jumlah tempahan sediada dan juga jumlah tukang jahit. Akan tetapi ada juga order yang disiapkan lebih awal. Kami akan update status order dari semasa ke semasa.


There are no products to list in this category.