KEBAYA NYONYA PRE-ORDER

Terdapat lebih dari 2,500 design baju kebaya nyonya untuk dipilih. Memang rambang mata sebab semuanya cantik-cantik. Baju kebaya nyonya dari koleksi Izzkebaya diperbuat dari material kasa rubiah dan disulam dengan sulaman tangan yang halus dan kemas. Pastinya anda selesa dan kelihatan anggun tatkala menggayakannya. Terdapat 10 pilihan saiz dari size XS yang paling kecil hingga 6XL untuk saiz kebaya nyonya yang paling besar. Anda boleh juga maklumkan kepada kami jika ada bahagian yang ingin dibesarkan atau dikecilkan, juga jika anda inginkan kebaya nyonya yang lebih labuh berikan berapa labuh yang anda inginkan, kami boleh jahitkan seperti yang anda inginkan. Kebaya nyonya ini juga boleh ditempah lengan pendek, set ibu dan anak dan juga set lengkap dengan kain kebaya dan kerongsang. Setakat ini terdapat 4 jenis kain kebaya iaitu kain batik kembang payung, kain batik selisih, kain pareo satin dan juga kain pareo songket. Pre-order mengambil masa 4-6 minggu untuk disiapkan kerana tailor kami di Indonesia. Untuk confirm order, anda hanya perlu membayar deposit sebanyak RM50 untuk sehelai kebaya. Ukuran saiz baju kebaya nyonya adalah seperti berikut:

ukuran saiz kebaya nyonya