KEBAYA NYONYA SULAM MESIN

Kebaya nyonya sulam mesin ini terdiri daripada material cotton,chiffon dan pelbagai material lagi.Sulam yang terdapat di baju adalah sulam mesin berkomputer. Sulam mesin berkomputer ini menggunakan mesin sulaman yang dikhaskan untuk menekap hasil corak sulam dari komputer. Sulam mesin berkomputer ini kelihatan cantik dan sangat kemas. Sulam mesin berkomputer ini juga sangat ringan dan ringkas. 

Kebanyakan kebaya nyonya jenis sulam mesin ini mempunyai butang samada butang ketip mahupun butang bungkus. Anda hanya perlu menambah aksesori untuk lebih menawan. 

Tempoh menghasilkan kebaya sulam mesin adalah lebih cepat berbanding kebaya nyonya sulam tangan. Cara penjagaan kebaya sulam mesin ini juga sama seperti sulam tangan iaitu haruslah membasuh menggunakan tangan atau dry cleaning sahaja.